Pada 8 Oktober 2015 (Sabtu) bermula jam 7.45 pagi Pusat Koreksional Johor Bahru telah mengadakan aktiviti sukan bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara 2016. Majlis telah dihadiri Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, Timbalan Pengarah, pegawai kanan dan anggota serta keluarga kakitangan melibatkan 120 orang. Acara yang dijalankan sempena program tersebut adalah jalan seribu langkah, senamrobik, sepak takraw, boling, badminton dan karom.
""